JPNIN


 

PENGENALAN JPNIN NEGARA

        Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan pada 1 Julai 1969. JPNIN merupakan salah satu jabatan yang diamanahkan untuk memacu pencapaian perpaduan negara pada peringkat nasional. Misi penubuhan JPNIN ialah mempertingkat dan memperkukuh kesepaduan sosial masyarakat Malaysia melalui usaha penyatupaduan berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara secara inklusif.

        Di samping ketekunan JPNIN melaksanakan tanggungjawab dan cabaran mengukuh penyatupaduan dan keharmonian rakyat, portfolio ini berulang kali menerima perubahan.

        Terkini selepas kemelut politik Malaysia 2020, portfolio ini sekali lagi dijadikan sebuah kementerian penuh, iaitu Kementerian Perpaduan Negara.
Visi kementerian ini ialah peneraju perpaduan yang inklusif ke arah kemakmuran bersama. Misinya pula ialah meningkatkan usaha baharu penyatupaduan untuk membina tapak integrasi bagi pengukuhan semangat muhibah dalam kalangan rakyat.


PERANAN JPNIN

Peranan JPNIN adalah seperti yang berikut:

(a) Meningkatkan usaha mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional.

(b) Memperkasa hal ehwal perhubungan dan pembangunan komuniti .

(c) Mengukuhkan hal ehwal pendidikan awal kanak-kanak bagi taska dan tabika perpaduan.

 (d) Meningkatkan usaha penghayatan dan pembudayaan rukun negara.

 (e) Menjadi rujukan dalam bidang perpaduan melalui penyelidikan.


Comments