Keharmonian


 

DEFINISI KERHARMONIAN

  • Harmoni memaparkan maksud mengharmonikan dan mendamaikan iaitu mengharmonikan serta mendamaikan sesuatu keadaan, tempat mahupun negara atau sesuatu masyarakat.
  • Harmoni mengandungi beberapa unsur positif yang diterapakan kepada modal insan zaman ini.
  • Antaranya, melibatkan unsur-unsur harmoni,rukun,aman dan damai

KONSEP KEHARMONIAN

        Impian mewujudkan sebuah komuniti yang bersatu padu dan harmoni dalam kepelbagaian etnik yang berbeza sosiobudaya, agama, adat resam, bahasa dan wilayah merupakan suatu cabaran yang besar. Walau bagaimanapun, usaha ini telah dirintis secara tuntas oleh generasi terdahulu dengan mewujudkan persefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap Perlembagaan Persekutuan dan kepatuhan terhadap Rukun Negara. Kita memikul tanggungjawab untuk memperkukuh semangat dan jati diri sebagai rakyat yang cinta akan keharmonian.


 KEPENTINGAN KEHARMONIAN

        Semangat cinta akan tanah air ini perlulah mendahului semua agenda lain, apatah lagi perkara yang boleh memecahbelahkan masyarakat di negara ini Kelangsungan dan masa hadapan negara terletak pada generasi muda. Oleh itu, kita bertanggungjawab membentuk dan mendidik anak dan generasi muda dengan warna keharmonian agar generasi ini menyambung kepimpinan negara dengan saling menghormati perbezaan dan meraikan kepelbagaian.




Comments